2012年12月14日星期五
2012年11月14日星期三
2012年11月2日星期五
Lukisan
Pengenalan
Lukisan sering dikaitkan dengan lakaran. Kedua-duanya berhubung rapat di antara satu sama lain dan merupakan kerja peringkat awal untuk menghasilkan catan, cetakan, arca, seni grafik dan baranagn kraf.
Lakaran ialah proses awal yang ringkas dan cepat untuk memperolehi idea melukis.
Lukisan ialah kerja pada peringkat kedua yang melibatkan kerja yang lebih sistematik untuk mendapatkan ton, jalinan, bayangan dan lain-lain. Media jenis kering diperlukan bagi membuat lukisan.
Teknik Melukis
Berbagai- bagai teknik dapat digunakan untuk melukis. Antara teknik melukis ialah teknik titik, garis, gurisan dan gosokan. Teknik-teknik yang digunakan bergantung kepada kemahiran pelukis. Di samping itu, media yang digunakan juga memberi kesan dalam pemakaian teknik ini. Misalnya pen teknikal titik. Teknik ini tidak sesuai jika menggunakan pastel atau krayon. Contoh lukisan berikut menunjukkan beberapa teknik melukis.
Memahami komposisi
Komposisi menjelaskan tentang gubahan gambar. komposisi yang cantik dipandang akan memberi keindahan kepada gambar yang dilukis. Suatu komposisi yang telah diperkenalkan sejak zaman Yahuni adalah mengikut Kaedah Komposisi Nisbah Keemasan. Kaedah tersebut menghasilkan gambar yang kelihatan cantik.
Memfokus ketepatan objek
Memfokus ketepatan kadar banding objek sangat diperlukan dalam kerja melukis. Dalam kaedah ini, pensel digunakan untuk mengukur objek yang akan dilukis. Latihan ini perlu dilakukan berkali-kali sehingga pelukis dapat mengagak objek dan gambar yang dilukis dengan tepat.
Memahami kesan cahaya dan bayangan
Kesan cahaya dan bayangan merupakan aspek yang terpenting dalam lukisan. Sekiranya tidak ada bayangan dan kesan cahaya, sesuatu bentuk objek tidak kelihatan wujud dalam keadaan yang sebenarnya. Kesan ini dapat ditimbulkan dengan
membuat ton gelap dan cerah.

2012年10月26日星期五
2012年10月17日星期三
2012年10月14日星期日
订阅:
博文 (Atom)