2012年11月2日星期五

Lukisan

Pengenalan
Lukisan sering dikaitkan dengan lakaran. Kedua-duanya berhubung rapat di antara satu sama lain dan merupakan kerja peringkat awal untuk menghasilkan catan, cetakan, arca, seni grafik dan baranagn kraf. 
Lakaran ialah proses awal yang ringkas dan cepat untuk memperolehi idea melukis. 
Lukisan ialah kerja pada peringkat kedua yang melibatkan kerja yang lebih sistematik untuk mendapatkan ton, jalinan, bayangan dan lain-lain. Media jenis kering diperlukan bagi membuat lukisan.



Teknik Melukis

Berbagai- bagai teknik dapat digunakan untuk melukis. Antara teknik melukis ialah teknik titik, garis, gurisan dan gosokan. Teknik-teknik yang digunakan bergantung kepada kemahiran pelukis. Di samping itu, media yang digunakan juga memberi kesan dalam pemakaian teknik ini. Misalnya pen teknikal titik. Teknik ini tidak sesuai jika menggunakan pastel atau krayon. Contoh lukisan berikut menunjukkan beberapa teknik melukis.



Memahami komposisi

Komposisi menjelaskan tentang gubahan gambar. komposisi yang cantik dipandang akan memberi keindahan kepada gambar yang dilukis. Suatu komposisi yang telah diperkenalkan sejak zaman Yahuni adalah mengikut Kaedah Komposisi Nisbah Keemasan. Kaedah tersebut menghasilkan gambar yang kelihatan cantik. 

Memfokus ketepatan objek
Memfokus ketepatan kadar banding objek sangat diperlukan dalam kerja melukis. Dalam kaedah ini, pensel digunakan untuk mengukur objek yang akan dilukis. Latihan ini perlu dilakukan berkali-kali sehingga pelukis dapat mengagak objek dan gambar yang dilukis dengan tepat.

Memahami kesan cahaya dan bayangan

Kesan cahaya dan bayangan merupakan aspek yang terpenting dalam lukisan. Sekiranya tidak ada bayangan dan kesan cahaya, sesuatu bentuk objek tidak kelihatan wujud dalam keadaan yang sebenarnya. Kesan ini dapat ditimbulkan dengan 
membuat ton gelap dan cerah.

 


4 条评论:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...